Blogger templates


KENALI SAMTKKB

VISI

SAMTKKB TERUS UNGGUL

MISI

Melahirkan Modal Insan Yang Unggul Melalui Pengurusan Pendidikan Yang Syumul
Berlandaskan Aspirasi Negara Yang Berteraskan Al-Quran Dan As-Sunnah

MOTO
BERILMU, BERAMAL DAN BERTAQWA

PIAGAM PELANGGAN
Kami Warga SAMT Kuala Kubu Bharu Berusaha Mengurus Dan Mentadbir Dengan Teknologi Terkini Dan Berkesan Untuk Bergerak Maju Bersama Guru – Guru, Pelajar, Kakitangan Dan Anggota Masyarakat Sedia Berkhidmat Dan Mengurus Untuk Melahirkan Pendidikan Yang Cemerlang, Berkualiti Dan Berakhlak Islam Di Dalam Memenuhi Keperluan Masyarakat, Bangsa, Agama Dan Negara.

LENCANA SEKOLAH



RASIONAL LENCANA


PUTIH                 - Kebersihan Dan Kesucian
KUNING             - Kecemerlangan dan Keunggulan
MERAH               - Keberanian dan Kecekalan
HIJAU                  - Perpaduan dan Beragama
BUKU                  - Ilmu Pengetahuan
GADING              - Pendidikan Yang Tinggi
BINTANG 5         - Asas Rukun Islam Yang Lima
BULAN SABIT    - Kebesaran Agama Islam
PADI                      - Kejayaan


SEJARAH SEKOLAH

          Pada asalnya, Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMTKKB) sebahagian daripada estet getah. Kemudian pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah membelinya dari pemilik estet getah tersebut.

            Projek pembinaan SAMTKKB bermula pada tahun 1984 dan siap sepenuhnya pada tahun 1986. Melalui alat-alat canggih dan moden pada masa kini, sekolah yang besar ini dapat disiapkan dalam masa dua tahun sahaja. Secara tidak langsung, SAMTKKB menjadi sekolah agama ke-3 di Selangor yang bernaung di bawah pentadbiran JAIS. Di antara bangunan-bangunan yang telah siap di bina ialah

·                     2 buah bangunan sekolah iaitu Blok A dan Blok B
·                     2 buah bangunan asrama iaitu Blok A dan Blok B
·                     Sebuah dewan besar sekolah (Dewan Abu Hurairah)
·                     Sebuah dewan makan asrama
·                     Sebuah kantin sekolah
·                     Sebuah Musolla (Surau At-Taqwa)
·                     4 buah kuarters guru
·                     Sebuah bengkel (KHB)

            Pada mulanya, tujuan penubuhan SAMTKKB adalah untuk menampung pelajar-pelajar di Hulu Selangor sahaja. Keadaan ini disebabkan bilangan sekolah agama yang ada pada masa itu terhad. Masalah ini memaksa pihak JAIS menubuhkan sebuah sekolah agama menengah di Hulu Selangor.

            SAMTKKB telah dibuka pada 1 Jun 1986. Seiringan dengan itu, sekolah telah menerima kemasukan para pelajar dari SAM Batnag Kali dan SAM Sungai Selisik. Mereka adalah pelajar-pelajar dari tingkatan satu hingga tingkatan tiga. Pemindahan mereka ke SAMTKKB adalah disebabkan kekurangan kelas di sekolah mereka. Pelbagai masalah telah dihadapi oleh pihak SAMTKKB pada peringkat awal pentadbirannya. Di antara masalah-masalah tersebut adalah seperti kekurangan guru, kekurangan alat-alat kelengkapan atau keperluan dan masalah pengurusan kerana tiada kerani. Guru yang ada pada masa itu ialah lebih kurang 13 orang sahaja. Pada masa yang sama, SAMTKKB juga menghadapi masalah ketiadaan pengetua sekolah untuk mengetuai pentadbiran sekolah. Ketiak itu, tugas pengetua dipangku oleh Ustaz Sungit bin Hj Abdul Kadir. Beliau telah menjawat jawatan tersebut dari Jun 1986 hingga 31 Disember 1986. SAMTKKB telah menerima seorang pengetua pertama pada awal Januari 1987. Beliau yang dimaksudkan ialah Ustaz Hj Mohd Tamyes bin Hj Abdul Wahid.

            Peringkat kedua pembinaan SAMTKKB telah dilakukan pada akhir tahun 1988. Tujuan pembinaannya adalah untuk membesarkan lagi SAMTKKB bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah. Kerja-kerja pembesaran SAMTKKB telah memakan masa selama dua tahun. Diantara bangunan yang telah siap dibina pada peringkat kedua ialah sebuah bangunan sekolah iaitu Blok C dan dua buah bangunan asrama puteri iaitu Blok A & B.
            Walaupun pihak JAIS menghadapi masalah kewangan sepanjang projek SAMTKKB, namun perkara tersebut tidak menjejaskan usaha-usaha pembesarannya. Pada awal tahun 1993, projek pembesaran Surau At-Taqwa pula dilakukan bertujuan untuk menampung jumlah para pelajar yang semakin meningkat. Di penghujung tahun 2002 pula, pihak sekolah telah membina sebuah musolla untuk pelajar puteri.

            Setelah hamper 20 tahun SAMTKKB di bawah naungan JAIS, pada November 2006 SAMTKKB bersama 22 buah sekolah menengah agama di Selangor telah diambilalih oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dibawah pentadbiran JAPIM, Putrajaya. Kini SAMTKKB dikategorikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). KPM mengambil peranan daam hal ehwal pengurusan perjawatan guru-guru dan kakitangan serta member bantuan modal seperti prasarana dan peralatan sekolah.

            Pada Tahun 2010 pula, sekolah telah mengadakan Sambutan Jubli Perak iaitu Majlis Makan Malam Amal PIBG pada 6 November 2010 bagi meraikan usia sekolah yang telah menjangkau 25 tahun. Majlis tersebut telah diadakan dengan jayanya dengan kerjasama pihak PIBG dan pihak guru dan kakitangan SAMTKKB.

Hasil usaha dan titik peluh dari guru-guru dan sokongan yang padu daripada para pelajar sendiri, SAMTKKB telah Berjaya mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Semoga kejayaan cemerlang terus dinikmati oleh pelajar dan warga SAMTKKB.