Blogger templates


Monday 30 May 2011

Daurah Ilmiah 2/2011


Unit Akademik SAMTKKB telah menganjurkan Daurah Ilmiah untuk kali yang kedua pada 27 MEI hingga 30 MEI 2011. Daurah kali ini melibatkan pelajar-pelajar SMA,SPM,STAM dan juga 6 Atas STPM. Walaupun program ini dijalankan pada awal cuti persekolahan pertengahan tahun, namun semua peserta dan guru yang terlibat tetap memberikan kerjasama yang baik. Antara objektif utama pelaksanaan daurah ini ialah memberikan input yang penting kepada pelajar tentang teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan dengan baik di samping mempertingkatkan penguasaan terhadap mata pelajaran tersebut. Diharapkan program ini dapat menjadi pemangkin semangat kepada para pelajar untuk memperoleh kecemerlangan dalam peperiksaan yang bakal mereka hadapi pada tahun ini. SYABAS dan TAHNIAH kepada para pelajar yang setia mengikuti program ini sehingga tamat program



Antara Penceramah Jemputan Khas
http://i1176.photobucket.com/albums/x332/dwoers/daurah/DSC01412.jpg samtkkb.com samtkkb.com

Guru-Guru Sanggup Mengorbankan Masa Cuti Mereka Semata-mata Untuk Kejayaan Anak Murid Mereka
samtkkb.com samtkkb.com

Sesi Perbincangan Setelah Diberikan Penerangan Oleh Guru-guru
samtkkb.com samtkkb.com samtkkb.com samtkkb.com samtkkb.com samtkkb.com

Wednesday 25 May 2011

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah


16 Mei 2011,suatu majlis yang tidak akan di lupakan oleh pelajar-pelajar untuk meraikan warga pendidik iaitu Sambutan Hari Guru. Sambutan tersebut diraikan dengan bertemakan "KEMERIAHAN DESA". Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada sambutan tersebut ialah congkak tanah, konda kondi, lastik tin, sepak penalti dan banyak lagi.


Nyanyian Oleh Guru-guru SAMTKKB

Pulpit rock Pulpit rock Pulpit rock


Kata-kata Terakhir Daripada Ustaz Raimi dan Hadiah Penghargaan daripada Pihak Sekolah kepada Ustaz Raimi atas Jasa Beliau

Pulpit rockPulpit rock

Saturday 30 April 2011

SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI KUALA KUBU BHARU

Sekolah Agama Menengah Tinggi Kuala Kubu Bharu (SAMTKKB) telah diasaskan pada tahun 1986. SAMTKKB pada asalnya adalah sebuah sekolah yang berada di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Selangor(JAIS). Pada tahun 2005 satu memorandum (MOU) telah di tandatangani bagi proses penyerapan sekolah-sekolah agama menengah di bawah kelolaan JAIS ke bawah Kementerian Pelajaran Malaysia secara berperingkat.

SAMTKKB di bina pada tahun 1986 yang di lengkapi prasarananya yang tersendiri. SAMTKKB di lengkapi 3 buah bangunan kelas 4 tingkat, sebuah dewan besar, sebuah kantin, 4 buah bangunan asrama, sebuah bangunan surau dan beberapa banyak lagi prasarana yang telah diwujudkan di SAMTKKB.