Blogger templates


Tuesday, 5 June 2012

Daurah Ilmiah 1/2012

   Alhamdulillah ..pada 25 Mei 2012-27 Mei 2012 yang lalu, Unit Akademik SAMT KualaKubu Bharu telah mengadakan Daurah Ilmiah buat kali pertama tahun ini. Daurah Ilmiah ini melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 3, 4, 5 dan 6 STAM.
   Walaupun terpaksa mengorbankan waktu cuti, namun para pelajar dan guru yang terlibat tetap memberikan komitmen yang baik sepanjang program ini berlangsung.Antara pengisian program ini ialah teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan yang betul dan kaedah pemarkahan.Para pelajar juga turut didedahkan dengan soalan-soalan peperiksaan yang lepas supaya mereka mendapat mengulangkaji dan membuat latih tubi yang berterusan.
  Pihak sekolah mengharapkan program seumpama ini mampu menyuntik semangat kepada para pelajar untuk mencipta kejayaan yang cemerlang tahun ini, insya Allah.

Saturday, 2 June 2012

BERTEMU KEMBALI...



Assalamualaikum wth wbh..Selamat bertemu kembali..Pertamanya kemaafan dipohon kerana telah sekian lama 'blog' SAMTKKB ni tidak dikemaskini.Pelbagai halangan dan cabaran yang dilalui untuk meneruskan usaha mengemaskini blog ini.Walaubagaimanapun, alhamdulillah kini blog ini akan kembali aktif dengan pelbagai paparan aktiviti dan maklumat terkini berkaitan SAMT Kuala Kubu Bharu. Semoga harapan sekolah ini dalam mencapai visi 
'SAMT Kuala Kubu Bharu Terus Unggul' akan tercapai dengan jayanya..insya Allah.