Blogger templates


Sunday 22 July 2012

Program Permuafakatan Imtiyaz Akademik 2012

















Program Permuafakatan Imtiayaz Akademik yang dijalankan pada 6 Julai 2012 ini adalah program yang lebih dikenali sebelum ini sebagai Hari Menandatangani Kad Kemajuan Pelajar. Pembaharuan yang ketara pada tahun ini ialah pertemuan di antara ibu bapa dengan Mentor anak mereka masing-masing bagi menandatangani rekod Kemajuan anak mereka. Perubahan positif ini dilihat mampu mengeratkan silaturrahim di antara mentor dan juga ibu bapa mentee masing-masing yang melibatkan para pelajar Ting 3,4,5,6STAM dan 6A STPM. Semoga hubungan murni di antara Mentor-mentee dan ibu bapa ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa.

Thursday 5 July 2012

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2011


Pada 24 Jun 2012 SA MT Kuala Kubu Bharu telah mengadakan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar 2012 yang melibatkan pencapaian cemerlang pelajar-pelajar Ting 1- 6 atas STPM.Majlis gilang-gemilang ini telah dirasmikan oleh Puan Norhayati bt Lebai Ali,Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pelajaran Malaysia.Sejumlah 191 anugerah disediakan untuk para pelajar yang cemerlang.Tokoh Pelajar Mithali pada tahun ini disandang oleh saudara MuhammadMuzaiyed bin Sarif dan saudari Siti Nur Atikah bt Ismail.